Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
« June 2009 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30
Entries by Topic
All topics  «
BEDAK SEJUK
HERBA TOURS
MAKLUMAT BANK
Minyak Sawan
Nanas Muda
Painapple Tours
penawar dari kunyit putih
POKOK NILAM
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
You are not logged in. Log in
My Blog
Friday, 19 June 2009
POKOK NILAM
Now Playing: POKOK NILAM
Topic: POKOK NILAM

POKOK NILAM

Link to Photo Album HERBA

Pokok nilam amat jarang ditamam secara kormesial di malaysia. Kita juga mungkin tidak mengenali bagaimanakah rupa bentuk pokok nilam ini. Apa yang kita tahu pokok nilam boleh dijadikan sebagai membuat minyak wangi.

Dulu saya juga tidak mengenali pokok nilam ini sehinggalah saya membuat rujukan dalam laman web-laman web yang menerangkan rupa dan bentuk pokok nilam ini. Sebelum itu saya juga bertanya di mana-mana nurseri dan kawan-kawan serta orang tua-tua. Memang payah ditemui di nurseri-nurseri malah ada yang tidak mengenalinya. Bila saya bertanya pada salah seorang kenalan barulah beliau menunjukkan jenis pokoknya tetapi untuk memastikan benar atau tidak, saya membuat rujukan diinternet.

Pokoknya memang berbau harum. saya telah cuba menanam pokok nilam ini dimana ia mudah hidup asalkan mediumnya tidak kering. Saya juga cuba menanam diatas tanah tetapi hasilnya pokok yang saya tanam mati dan tidak sesubur pokok yang ditanam dalam bekas atau pasu.

 Saya tidak pasti jika pokok ini ditanam di jenis tanah yang berlainan seperti tanah bukit atau tanah liat. Saya rasa jika ditanam di atas tanah bukit atau tanah liat mungkin hasilnya berbeza , lebih subur dan medah hidup. Oleh kerana tempat saya jenis tanah adalah gambut, agak payah untuk menanam diatas tanah.

Walaubagaimanapun tanaman dalam bekas menunjukkan kesuburan yang luarbiasa. Ini memberi keyakinan kepada saya untuk menanam secara kormesial didalam bekas atau pasu. hanya kos penyiraman menjadi perkara yang perlu diambilkira.

Sekiranya anda perlukan benih nilam sila hubungi 012-7066365  Md Sudin atau e-mail : mdsudink67@yahoo.com

Benih nilam RM8.00 sepokok. Kos penghantaran RM7.00 (500gm) atau RM13.00 (1 kg) (untuk koleksi peribadi)

Benih Nilam RM3.50 sepokok (untuk tanaman komersial) minima order 1000 pokok. Kos penghantaran ditanggong oleh pembeli purata RM350.00

Jika anda berminat sila bank In

Maybank        101-271077-174

Sertakan maklumat lengkap pembayaran, nama dan alamat ke 012-7066365 atau e-mail:mdsudink67@yahoo.com

Lawati juga www.geocities.com/mdsudink67/tumbuhan.html

 


Posted by muizz130708 at 10:52 PM EDT
Updated: Thursday, 11 March 2010 1:17 AM EST
Post Comment | Permalink | Share This Post
Nilam
Now Playing: Hasil Pokok Nilam
Topic: POKOK NILAM

Hasil Pokok Nilam

Pokok Nilam yang kita tanam akan matang dalam jangkamasa 3-6 bulan. Biasanya pokok ini boleh tahan sehingga 1 tahun atau lebih. Masa yang sesuai untuk kita menuai adalah pada umur  6 bulan.

Pokok yang telah di harvest (tuai) elok ditanam semula ini kerana pertumbuhan setelah tuai tidak memberangsangkan. Tanaman baru lebih memberi hasil atau pertumbuhan yang lebih baik.

Semua bahagian dari pokok nilam adalah berguna. Hasil tuaian nilam kita akan buat apa? Berapakah hasil tuaian nilam sekiranya kita dapat 1000kg basah? Dimana kita nak hantar hasil tuaian kita?

 Sebelum kita memulakan sesuatu projek, adalah lebih baik kita melakukan kajian untung dan rugi, pasaran (permintaan) dan pembekal (anak Benih). Bekalan baja mudah diperolehi. Tetapi hasil yang kita perolehi nak dijual dimana. Sekiranya kita mempunyai pasaran sendiri, usaha kita haruslah dilakukan dengan bersunguh.

Nilam secara umumnya adalah digunakan sebagai bahan asas membuat minyak wangi. amat sedikit digunakan untuk perubatan walaupun datuk nenek kita telah menggunakan daun nilam untuk tujuan perubatan tetapi ia terlalu sedikit.

Harga pasaran minyak nilam adalah antara RM750.00 hingga RM1000.00 seliter. Adalah dianggarkan hasil minyak nilam yang diperolehi dari 1000kg nilam basah adalah 3 liter iaitu 0.3%  . Bahagian yang perlu diproses untuk dijadikan minyak pati nilam adalah daun dan batangnya. Peratus minyak yang paling tinggi terdapat pada daunnya terutama daun muda.

Untuk mendapatkan minyak pati Nilam kita juga boleh menggunakan nilam yang telah dikeringkan. Hasilnya juga adalah sama iaitu 0.3%.

 

 

 


Posted by muizz130708 at 5:01 AM EDT
Post Comment | Permalink | Share This Post
Friday, 21 November 2008
Kunyit Putih
Now Playing: nurseri herba
Topic: penawar dari kunyit putih

Dapatkan pelbagai benih-benih herba untuk koleksi anda.

1. Kunyit Putih

2. Kunyit Hitam

3. Kunyit Ulam (curcuma mangga)

4. Temu Lawak

5. halia Padi

6.Halia Bara

7.Temu Kunci

8. Kancing baju merah

9. Serai Wangi

10. Cekur

11. lipan bara

12. Pokok nilam,

13. pokok kecubung

14. pokok bonglai

15.pokok jerangau

16. Pokok larastu. (pokok ini seperti lalang. pangkal pokok seperti setrai. ia berbau harum. digunakan sebagai bahan campuran dalam bedak sejuk) menghasilkan bau yang harum.

 

Hubungi Md Sudin  017-7066365

e-mail : mdsudink67@yahoo.com

ketahui cara-cara membuat bedak sejuk


Posted by muizz130708 at 3:47 AM EST
Updated: Sunday, 23 November 2008 9:47 PM EST
Post Comment | Permalink | Share This Post
Thursday, 20 November 2008
HERBA DAN PENAWAR KUNYIT PUTIH
Now Playing: HERBA DAN PENAWAR
Topic: HERBA TOURS

KUNYIT PUTIH

Kunyit Putih adalah sejenis herba penawar kanser yang telah digunakan sejak turun temurun. Ia mengandungi bahan anti kanaser yang dikenali sebagai RIP (Ribosome Inacting Protein) dimana bahan ini akan menyaluti sel-sel kanser membantutkan sel kanser dari merebak.

Selain itu Kunyit Putih amat berkesan sekali untuk menyembuhkan luka-lika atau kudis. Ia amat baik untuk pesakit yang menderita kencing manis.

Dapatkan Kapsul Kunyit Putih RM30.00 untuk 50kapsul .                Harga basah RM50.00 (500gm) . Kering 35gm RM10.00 dan anak pokok dalam polybag RM8.00  Belanja Pos RM6.50 atau RM12.50 untuk berat 1 kg.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan khasiat kunyit putih sila layari laman web www.surimenara.webs.com atau www.uniplasma.webs.com

Hubungi kami : Uniplasma Enterprise   012-7066365  Md Sudin atau email:mdsudink67@yahoo.com


Posted by muizz130708 at 2:45 AM EST
Updated: Thursday, 11 March 2010 1:12 AM EST
Post Comment | Permalink | Share This Post

Newer | Latest | Older