Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
« August 2009 »
S M T W T F S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31
Entries by Topic
All topics  «
BEDAK SEJUK
HERBA TOURS
MAKLUMAT BANK
Minyak Sawan
Nanas Muda
Painapple Tours
penawar dari kunyit putih
POKOK NILAM
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
You are not logged in. Log in
My Blog
Friday, 14 August 2009
RAWATAN KANSER
Now Playing: RAWATAN KANSER

RAWATAN KANSER

Terdapat pelbagai kaedah untuk meraawat penyakit. Pertama dengan cara memakan ubat-ubatan ( samada ubatan moden atau ubatan tradisional herba) yang ke dua dengan cara pembedahaan iaitu potong dan buang dan yang ketiga adalah urutan.

Sekiranya kita mengamalkan memakan ubat untuk mengubati penyakit, ini bermakna kita perlu membena kekuatan dalaman untuk merawat secara semula jadi. Ubat yang saya maksudkan adalah herba. Berlainan dengan ubat moden, biasanya ia mempunyai kesan sampingan. Semua ubat-ubatan tersebut kebanyakkannya adalah mempunyai kandungan dadah sebab itu ia mempunyai kesan sampingan.

Berbeza denga herba, pemulihannya mungkin mengambil masa yang agak lama tetapi ia tiada kesan sampingan.

Perlu di ambil perhatian bagi Pesakit Kanser

Sekiranya mengambil herba sebagai kaedah rawatan ada beberapa perkara perlu di ambil perhatian. Minuman - Jangan mendidihkan air paip kerana kandungan air paip mempunyai klorin dimana apabila berlaku pemanasan ia akan menjadi bahan yang menggalakkan pertumbuhan sel kanser. minumlah air bertapis yang bersifat alkali atau air yang tinggi kandungan mineralnya. Seeloknya minum air zam-zam atau air bersih dari gunung, air mata air atau air sungai (bersih tak tercemar).

 Makanan- Dapatkan sumber makanan organik atau segar dari ladang yang tidak menggunakan baja kimia atau racun. Sayuran hidroponik tidak digalakkan kerana ia menggunakan baja kimia. Segala sayuran dipasar kebanyakkannya ditanam diladang dimana pengusahanya mengutamakan pokok yang subur dan tidak dirosakkan serangga/ulat. . Seeloknya makan sayuran yang anda tanak sendiri menggunakan baja abu atau baja organik dimana ini lebih terjamin. Bahan kimia dan racun yang terdapat dalam sayuran menjadi penyebab pesakit kanser bertambah menderita.

Makanlah hanya ayam kampung (ayam organik). Jangan Makan ayam daging kerana ia mengandungi terlalu banyak hormon dan antibiotik yang diberi dalam makanan ayam untuk mendapatkan hasil pengeluaran yang tinggi. Bahan kimia yang terkandung dalam ayam daging yang masuk dalam badan kita tidak dapat dicernakan atau tersimpan dalam badan selama 6 bulan. Ia akan menimbun dan menjadi toksid yang menjadi punca penyakit bertambah parah.

Selang selikan dengan makan ikan haruan sebagai lauk. (tiada bahan kimia).

Kos hidup mungkin tinggi kerana perlu mencari sumber makanan organik kerana itu adalah cara hidup yang selamat. Untuk mengurangkan kos, kita cari sayuran kampung seperti pucuk paku, pucuk ubi, pucuk keledek, pucuk ubi, bunga pisang, daun turi dimana itu semua adalah original tanpa ada penggunaan bahan kimia.

Jika kita boleh pelihara ayam kampung sendiri, itu lagi boleh nmenjimatkan.

Proses pemulihan bila menggunakan herba mungkin mengambil masa dan perlu kesabaran. Ubat moden juga sebenarnya tidak dapat menyembuhkan terutamanya sakit yang berat dan juga kanser, hanya menahan malah banyak kesan sampingan. Kembali kepada herba dan cara hidup semulajadi , elakkan bahan kimia. Penyakit datang sebagai ujian dan kifarah.

Terdapat tulisan berkaitan penggunaan herba perlulah tepat pada masanya. Ini menguatkan lagi kekuatan dan keberkesanan herba.


Posted by muizz130708 at 4:10 PM EDT
Updated: Monday, 17 August 2009 4:56 AM EDT
Post Comment | Permalink | Share This Post

View Latest Entries