Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
« June 2009 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30
Entries by Topic
All topics  «
BEDAK SEJUK
HERBA TOURS
MAKLUMAT BANK
Minyak Sawan
Nanas Muda
Painapple Tours
penawar dari kunyit putih
POKOK NILAM
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
You are not logged in. Log in
My Blog
Friday, 19 June 2009
Nilam
Now Playing: Hasil Pokok Nilam
Topic: POKOK NILAM

Hasil Pokok Nilam

Pokok Nilam yang kita tanam akan matang dalam jangkamasa 3-6 bulan. Biasanya pokok ini boleh tahan sehingga 1 tahun atau lebih. Masa yang sesuai untuk kita menuai adalah pada umur  6 bulan.

Pokok yang telah di harvest (tuai) elok ditanam semula ini kerana pertumbuhan setelah tuai tidak memberangsangkan. Tanaman baru lebih memberi hasil atau pertumbuhan yang lebih baik.

Semua bahagian dari pokok nilam adalah berguna. Hasil tuaian nilam kita akan buat apa? Berapakah hasil tuaian nilam sekiranya kita dapat 1000kg basah? Dimana kita nak hantar hasil tuaian kita?

 Sebelum kita memulakan sesuatu projek, adalah lebih baik kita melakukan kajian untung dan rugi, pasaran (permintaan) dan pembekal (anak Benih). Bekalan baja mudah diperolehi. Tetapi hasil yang kita perolehi nak dijual dimana. Sekiranya kita mempunyai pasaran sendiri, usaha kita haruslah dilakukan dengan bersunguh.

Nilam secara umumnya adalah digunakan sebagai bahan asas membuat minyak wangi. amat sedikit digunakan untuk perubatan walaupun datuk nenek kita telah menggunakan daun nilam untuk tujuan perubatan tetapi ia terlalu sedikit.

Harga pasaran minyak nilam adalah antara RM750.00 hingga RM1000.00 seliter. Adalah dianggarkan hasil minyak nilam yang diperolehi dari 1000kg nilam basah adalah 3 liter iaitu 0.3%  . Bahagian yang perlu diproses untuk dijadikan minyak pati nilam adalah daun dan batangnya. Peratus minyak yang paling tinggi terdapat pada daunnya terutama daun muda.

Untuk mendapatkan minyak pati Nilam kita juga boleh menggunakan nilam yang telah dikeringkan. Hasilnya juga adalah sama iaitu 0.3%.

 

 

 


Posted by muizz130708 at 5:01 AM EDT
Post Comment | Permalink | Share This Post

View Latest Entries